Saturday, January 01, 2005

di sebalik "tak ada apa-apa"

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan r unsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu d engan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada b uat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pe rnah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami it u. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri perna h buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" Tak ada apa-apa. Mama restu den gan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak puas hati. Esoknya saya ta nya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi . Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketik a itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tanganny a erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang ter buku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau." A irmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?"Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tuaseakan mahu bersuaratapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak lupakandan sesa kali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. L ukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambun g, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan k ita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak t ampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SP M Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama g unakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak mela njutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kes empitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri bela jar dalam hati yang penuh terpaksa." Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kala u mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perg inya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sab ri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahka n. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terak hir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat s araf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat san gat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibua t semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-an ak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu k erana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat. Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dic uit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur prog ram memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung . Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih ban yak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah na sib saya." Suara ellaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziara hi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bert anyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. I bu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. D alam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala si lapnya selam ini. "Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh- sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang sat u ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat ter singgung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-k ata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'" Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ib unya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan l ipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malan gnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berd arah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan. Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-ap a' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang m enyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahte raan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendak lah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.. sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan per kataannya." An-Nisa':36

No comments: