Friday, August 03, 2007

Apakah Impian Anda.....?




Tersebutlah kisah dua beradik yang tinggal di sebuah pangsapuri
80 tingkat.Pada satu hari ketika pulang ke rumah, mereka mendapati bahawa pangsapuri yang didiami mengalami kerosakan bekalan kuasa. Selepas seketika mereka mengambil keputusan mendaki tangga sahaja untuk pulang kerumah mereka ditingkat 80.Mereka mendaki dan mendaki tangga sehingga ke tingkat 20,
mereka tercungap-cungap dan juga merasa jemu, mereka membuat keputusan untuk meninggalkan beg mereka dan akan kembali mengambilnya kemudian.

Selepas meninggalkan beg, mereka meneruskan pendakian.
Ketika mereka sampai ke tingkat 40, adik lelaki mula mengomel dan mereka berdua mula berkelahi. Namun mereka tetap meneruskan pendakian sambil berkelahi hingga ke lantai ke-60. Mereka kemudian sedar bahawa mereka hanya mempunyai 20 lebih tingkat sahaja untuk sampai ke destinasi dan membuat keputusan untuk berhenti berkelahi dan meneruskan memanjat
dengan keadaan penuh keamanan.



Mereka dengan tenang memanjat anak tangga hingga akhirnya sampai rumah mereka. Masing-masing berdiri dengan tenang di muka pintu dan menanti salah seorang untuk membuka pintu. Dan mereka mula tersedar bahawa kunci rumah yang tersimpan di dalam beg telah mereka tinggalkan di tingkat 20.

Hahahahahahaha?.. mungkin ada dari anda akan tertawa; tetapi,
ini mungkin bukan sebuah jenaka! Dan jika anda kelihatannya tertawa, walau sedikit pun ... mungkin kini tiba masanya untuk anda merenung kembali apa yang tersirat disebalik cerita?..

*****************************************************

Cerita ini adalah suatu renungan gambaran hidup kita ...
kebanyakan daripada kita hidup untuk memenuhi kemahuan atau jangkaan ibubapa, guru dan kawan semasa kita muda.

Kita jarang membuat perkara yang benar-benar kita suka atau
inginkan. Di awal umur 20an kita mula merasa tertekan dengan kehendak dan kemahuan orang lain sehingga kita menjadi letih, bosan dan membuat keputusan untuk membuang muatan yang dipikul untuk menikmati hidup. Dengan bebas dari segala tekanan dan stress, kita berusaha untuk menggapai cita-cita dan memimpikan impian yang membara.

Tetapi apabila kita berumur 40an, kita mula kehilangan visi kita
dan bersama- sama dengan apa yang kita impikan dan matlamat dalam hidup. Kita mula merasa tidak puas hati dan mula mengadu dan mengkritik. Kita mula hidup hidup di dalam kesengsaraan kerana sering tidak puas hati.

Ketika berumur 60an, kita mulai sedar bahawa kita mula mempunyai sedikit lagi masa untuk mengadu dan kita berjalan menuju ke destinasi terakhir dengan penuh keamanan dan ketenangan. Kita rasa yang tidak terdapat satu pun yang boleh mengecewakan kita, namun sahaja kita sedar bahawa kita
tidak dapat melupakan impian yang tidak tercapai..... sebuah
impian yang telah kita buang lebih kurang 60 lebih tahun dahulu ......

Maka apakah impian anda? ......Jangan Padamkan Impian Anda ....
Capai impian anda supaya anda tidak akan hidup dengan perasaan sesal..... dan anda akan ada cerita untuk dikongsi dengan orang yang anda sayangi.

No comments: